SPEKTRUM / PENDULANG TIMAH DABO

July 2, 2014 § Leave a comment

DABO SINGKEP 11 JUNE 2014. (PENDULANG TIMAH DABO). Pendulang timah sedang mengorek lumpur untuk diberikan kepada pengayak bagi mengasingkan bijih timah daripada pasir dan lumpur di pesisir pantai Batu Berdaun. Dabo Singkep merupakan sebuah pulau daripada 1602 buah pulau yang merangkumi keseluruhan kepulauan Riau. Pulau ini pernah dikenali sebagai Kota Timah dimana pulau ini adalah diantara pengeluar bijih timah terbesar di Indonesia sejak tahun 1812. Pada tahun 1992, aktiviti perlombongan timah ini terhenti akibat daripada permintaan pasaran yang berkurang sekaligus mengakibatkan harga pasaran merudum. Sungguhpun begitu, penduduk kampung masih lagi melakukan aktiviti mendulang timah secara tradisional di persisir pantai. Dengan kudrat yang dimiliki, seawal 6 pagi mereka turun ke pantai Batu Berdaun dengan mengayuh basikal. Peralatan seperti dulang, serkup dan penapis digunakan untuk aktiviti mendulang. Kegiatan ini dilakukan oleh penduduk yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan menjadikan pekerjaan mendulang sebagai pekerjaan sampingan. Menurut salah seorang pendulang timah, Shahri Mukhtar, 43, setiap hari beliau dan rakannya dapat menghasilkan kira-kira 1 kilogram bijih timah mengikut keadaan cuaca dan persekitara pantai. Setelah proses mendulang selesai di waktu tengahari, bijih timah yang diperolehi akan dikeringkan dan dijual kepada peraih sebanyak 125 ribu rupiah sekilogram. NSTP/Adi Safri

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Image

You are currently viewing SPEKTRUM / PENDULANG TIMAH DABO from Traditional Tin Mining at ADI SAFRI.