MH220813DN001

August 23, 2013 § Leave a comment

KUALA LUMPUR 21 August 2013. Somalia atau dikenali sebagai ‘horn of Africa’ adalah sebuah negara dimana majoriti rakyat beragama islam. Dari tahun 1988 sehingga kini. konflik perang saudara telah mengorbankan lebih 300,000 nyawa. Berikutan itu ramai orang awam menjadi pelarian. Menurut UNHCR, terdapat 3.7 juta rakyat Somalia kini memerlukan bantuan kemanusiaan akibat konflik dan krisis makanan. Kebanyakan pelarian keluar ke negara berdekatan seperti Kenya dan Ethiopia. Di Malaysia, seramai 1,090 orang pelarian Somalia berdaftar dibawah UNHCR. Kebanyakan mereka ditanggung oleh saudara mara yang berada di luar negara membiayai kos sara hidup. Pelarian ini ditempatkan di sebuah pangsapuri dan menjalani kehidupan seperti biasa. Badan Bukan Kerajaan (NGO) sedikit sebanyak membantu pelarian ini dengan membina sebuah sekolah untuk kanak-kanak ini memperolehi pendidikan formal. Tenaga pengajar terdiri daripada pelarian itu sendiri dan pelajar Somalia yang menuntut di Malaysia. Menurut seorang pelarian, Aden Ali Semale, di Malaysia kita dikejutkan dengan dentuman mercun pada hari perayaan, akan tetapi jika di Somalia dikejutkan dengan dentuman bom dan peluru dan hanya berserah kepada takdir. Beliau melahirkan perasaan syukur kerana melihat negara ini didalam keadaan aman damai dan berharap ianya berterusan selamanya. NSTP/Adi Safri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Image

You are currently viewing MH220813DN001 from A Somali Refugees Hope at ADI SAFRI.